fbpx
Sulizmie Affendy menunjukkan gambar orang hilang pada sidang akhbar di IPD Dang Wang, hari ini.

Nyana Segaran hilang sejak 17 Julai lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta membantu mengesan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun yang hilang sejak 17 Julai lalu.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner, Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pihaknya menerima laporan pada 25 Julai lalu kira-kira pukul 11.15 pagi.

Ujarnya, kali terakhir orang hilang (OH) tersebut dilihat adalah di Nasi Kandar KL Express Lebuh Ampang Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.

“Nama OH ialah Nyana Segaran Ayaoo, berbangsa India dan berketinggian 175 sentimeter. OH merupakan orang kurang upaya (OKU) mental,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Sulizmie memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-26002264 atau Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI