KUALA SELANGOR – Longgokan sampah seluas 0.8 hektar terbakar di belakang sebuah kilang di Kampung Sri Sentosa di sini, awal pagi tadi.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.38 pagi sebelum tiba 1.59 pagi.
Katanya, seramai 14 anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Sungai Buloh dan Rawang terlibat dalam operasi tersebut.
“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan longgokan sampah bahagian belakang sebuah kilang dengan anggaran keluasan 0.8 hektar.
“Operasi pemadaman dibantu menggunakan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah lori tangki,” katanya hari ini.
Jelasnya, kerja-kerja pemadaman sedang giat dijalankan. – KOSMO! ONLINE