fbpx
Muhammad Hafizuddeain (depan) bergambar pada latihan Serangan Akhir dan Majlis Penutup Eksesais Keris Strike Siri 30/2025 di Felda Lawin Selatan, Lenggong hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Kelengkapan latihan antara disiasat punca kematian anggota komando

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LENGGONG – Kualiti dan keselamatan peralatan latihan menjadi antara perkara yang sedang disiasat sebagai punca kematian seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) sewaktu menjalani latihan selaman di perairan Kuantan pada awal bulan ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, tempoh siasatan bergantung kepada kerumitan masalah tersebut.

“Kita sedang meneliti. Penemuan awal kita rasa ada isu dari segi peralatan, yang digunakan sudah agak lama.

“Kta sedang membuat semakan dan audit sama ada perkara itu melibatkan kesilapan anggota atau pun masalah peralatan itu sendiri. Kita belum rumuskan lagi perkara itu dan kita akan maklumkan berkenaan proses siasatan ini,” katanya selepas upacara penutup Eksesais Keris Strike 2025 di sini hari ini.

Koperal Mohd. Haswansir Julnasir dilaporkan hilang pada 3 Julai lalu ketika menjalani latihan di Pelabuhan Kuantan, dan dikatakan lemas serta ditemui terdampar di tebing berbatu kira-kira 300 meter dua hari kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI