KUCHING – Kebakaran membabitkan sebuah ladang nanas di Marudi adalah antara empat kebakaran terbuka yang masih berterusan, memburukkan lagi situasi jerebu di Sarawak.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata ketika ini, kebakaran ladang nanas berkeluasan 838.12 hektar itu terus merebak sehingga mencecah 80.15 hektar.
Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi kini memasuki hari keempat melakukan operasi pemadaman sejak 26 Julai lalu.
Selain itu, katanya kebakaran turut memusnah kawasan hutan seluas 2 hektar di hutan berhampiran UiTM Mukah.
Katanya operasi pemadaman juga sedang giat dijalankan oleh pasukan dari BBP Mukah sejak 25 Julai lalu.-KOSMO! ONLINE