fbpx
TERDAPAT program motivasi yang mempunyai pengisian yang meragukan. - GAMBAR HIASAN

Jiwa rapuh mudah dijerat motivasi ‘cuci rohani’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENGAMBIL kesempatan terhadap jiwa insan sedang rapuh, tindakan segelintir pengelola kursus motivasi atau seminar yang menggunakan pengisian program bercanggah dengan Islam masih bermaharajalela.

Di atas lesen mahu memulihkan semangat dalaman atau spiritual peserta, pihak pengelola memperkenalkan beberapa kaedah, namun berunsur syirik serta mempunyai agenda tersembunyi.

Melihat beberapa kes yang pernah didedahkan kepada umum, dapat dilihat bukan calang-calang ‘pengikut’ program motivasi kerohanian itu dengan rata-ratanya berpendapatan tinggi.

Tidak hairan apabila penganjur bertopengkan pakar spiritual itu berani mengenakan caj sehingga lima angka kepada sesiapa yang mahu mengikuti sesi terapi spiritual dianjurkan.

Dalam situasi masyarakat sanggup mencari ketenangan daripada tekanan mental, konflik dalaman dan emosi, ajaran songsang sebegini mudah menyusup masuk.

Begitupun, pokok persoalan yang bermain-main di fikiran khalayak adalah bagaimana individu profesional serta mempunyai latar pendidikan tinggi boleh terjerat dalam gerakan-gerakan sebegini.

Penceramah bebas juga pakar motivasi, Amin Idris berkata ketaksuban terhadap elemen meragukan dalam proses didakwa mampu menyucikan jiwa hakikatnya berkait rapat dengan mental seseorang.

“Sebenarnya individu sebegini mahu ketenangan dan mereka juga tahu berhadapan isu mental, namun terjerumus ke jalan salah semata-mata ingin mencari penyelesaian mudah.

“Kadangkala manipulasi daripada pihak pengelola terlampau kuat membuatkan peserta percaya program diikuti ‘bersih’ walaupun terdapat unsur meragukan terutama membabitkan norma masyarakat, kepercayaan serta akidah.

“Walaupun hanya sebilangan sahaja pengelola mempergunakan agama, andai tidak dibendung dibimbangi mampu menjadi barah yang sukar diubati seterusnya merebak dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Pengacara berusia 44 tahun itu berkata, selain tindakan tegas daripada segi perundangan, orang ramai juga boleh menjadi ‘mata dan telinga pihak berwajib.

“Sentiasa peka dengan insan sekeliling. Andai terdapat sesuatu yang meragukan, segera melaporkan kepada pihak berkuasa. Pihak berwajib juga kena pantas
bertindak, jangan hanya isu tertentu sahaja diberi perhatian utama.

“Umat Islam juga perlu dibimbing untuk kembali kepada pendekatan psikospiritual Islam termasuk zikir, doa, mengaji, solat tahajud dan bertawakal agar dikurniakan kesejahteraan rohani.

“Jangan biarkan diri atau insan di sekeliling kita terjerat dalam perangkap pihak yang ingin mengaut keuntungan segera dan pada masa sama mampu menyesatkan pemikiran seseorang,” ujarnya.

Menurut Amin, kelompok mereka yang mudah mempercayai konsep penyucian jiwa dengan fokus terhadap aura dalaman sebenarnya cuba mencari jalan pintas untuk peroleh ketenangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN