fbpx
Antara jemaah umrah terkandas yang selamat tiba di KLIA hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

‘Ini pengalaman umrah pertama, tak sangka diuji begini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG- “Ini adalah perjalanan umrah saya yang pertama dan tidak menjangka berdepan masalah ini,” kata seorang peniaga, Nazira Frijand Ali, 48.

Nazira dan suaminya, Mohd. Amrul Abd. Rahman, 49, dari Kulai, Johor ialah antara 39 jemaah Malaysia yang terkandas di Jeddah, Arab Saudi baru-baru ini.

Kesemua mereka bagaimanapun selamat tiba di tanah air pagi tadi dengan kos penerbangan pulang ditanggung sepenuhnya, Mohd. Firdaus Mat Akhir yang juga dikenali Ustaz Firdaus Firabib.

Nazira ketika ditemui berkata, beliau dan suami akan membuat laporan polis terhadap ejen pelancongan berkenaan supaya kes itu disiasat dan diadili sebaik mungkin.

“Kami rasa perlu (laporan polis) kerana jika kami tak buat isu ini akan terus berulang pada masa depan,” katanya sambil memberitahu bahawa dia dan suami mengambil pakej berharga RM12,000, namun perkhidmatan diberikan tidak setimpal seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Nazira berkata, masalah bermula apabila dia dan suami tidak diberikan pakej menaiki tren laju sebaliknya dikehendaki menaiki bas bersama jemaah lain.

“Ketika itu saya dan suami sudah rasa ada perkara tidak kena, namun kami abaikan kerana seronok diuruskan oleh mutawif (PU Abu). Selepas itu, kami dimaklumkan tiket penerbangan pulang tidak ada dan syarikat mahu kami membayar RM2,300 bagi menampung tambang itu.

“Walaupun saya dan suami boleh beli tiket balik sendiri tapi kami tetap tunggu bersama jemaah-jemaah lain dan mahu menghadapi masalah ini bersama-sama,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI