fbpx
Persidangan selama dua hari bermula kelmarin di ibu pejabat PBB, New York. - UPI

Hanya penyelesaian dua negara tamatkan konflik Israel-Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Menteri dari lebih 100 negara berkumpul di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York semalam untuk mempertimbangkan usul penyelesaian dua negara bagi menamatkan konflik Israel-Palestin, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Persidangan dua hari itu ditangguhkan sejak Jun lalu berikutan perang antara Israel dan Iran.

Dalam ucapannya, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, konflik Palestin-Israel terus meragut nyawa manusia, memusnahkan masa depan dan menjejaskan kestabilan serantau serta dunia.

“Hakikatnya, kita berada pada titik kehancuran. Penyelesaian dua negara adalah lebih jauh berbanding sebelum ini,” kata Guterres.

Guterres menyifatkan perluasan penempatan haram Israel tanpa henti di Tebing Barat dan deklarasi Knesset minggu lalu sebagai cubaan untuk merampas wilayah itu.

“Tindakan sedemikian adalah sebahagian daripada realiti sistemik yang memusnahkan pembinaan blok keamanan di Asia Barat.

“Justeru, kita mesti melakukan lebih banyak lagi untuk menjadikan penyelesaian dua negara sebagai satu realiti,” tambah beliau.

Sementara itu, Israel dan Amerika Syarikat (AS) memboikot mesyuarat dua hari tersebut yang dianjurkan oleh Perancis dan Arab Saudi.

Israel menentang resolusi dua negara berasingan, manakala AS berkata, ia tidak melihat sebarang faedah dalam sidang kemuncak itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI