fbpx
Fahmi ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini. FOTA JAPEN

Dewan Rakyat : MCMC ada kuasa siasat berdasarkan Laporan Maklumat Pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mempunyai kuasa untuk menyiasat kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), berdasarkan Laporan Maklumat Pertama (FIR) yang diterima daripada orang awam dan permohonan agensi penguatkuasaan lain.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, bertindak atas FIR itu, proses siasatan akan dijalankan agensi penguatkuasaan di bawah peruntukan berkaitan kesalahan tertentu, seperti di bawah Seksyen 233 Akta 588 jika terdapat penerbitan kandungan berunsur lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau.

“MCMC dalam perkara tertentu bertindak memberikan bantuan teknikal kepada agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Seterusnya, pemeriksaan akan dijalankan pegawai diberi kuasa MCMC, sama ada mendapatkan waran geledah daripada mahkamah mengikut Seksyen 247 Akta 588 atau kerjasama PDRM di bawah Seksyen 248 Akta 588.

“Bagi kes yang disiasat, notis di bawah Seksyen 255 Akta 588 (kuasa menghendaki kehadiran orang yang tahu mengenai kes) boleh dikeluarkan terhadap individu disiasat MCMC.

“Rakaman percakapan individu berkenaan juga akan diambil di bawah Seksyen 256 Akta 588 bagi membantu siasatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) yang meminta Kementerian Komunikasi menyatakan prosedur siasatan MCMC terhadap aduan berkait kenyataan-kenyataan di media sosial. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI