fbpx
Alexander yang juga Ahli Parlimen Kapit ketika menjawab solan di Dewan Rakyat hari ini. FOTO JAPEN

Dewan Rakyat: Bukan senang nak hapus tol – Alexander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) mengakui sukar untuk memansuhkan bayaran tol, terutama mengambil kira implikasi dana besar yang terpaksa ditanggung kerajaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, isu dana akan timbul terutama apabila kerajaan perlu mencari dana yang cukup besar sebagai contoh untuk tujuan penyelenggaraan sendiri lebuh raya yang mana ia dianggar mencecah berbilion ringgit.

“Kita punya pandangan bukan mudah nak mansuhkan tol. Jika mansuh, kerajaan mesti cari dana besar untuk buat kerja penyelenggaraan sebenarnya, jadi untuk tujuan ini perlu dana besar berbilion ringgit.

“Kalau begitu kita boleh bayangkan dana kerajaan itu mungkin boleh guna untuk tujuan lain, sebagai contoh di Terengganu, Sarawak dan Sabah,” katanya ketika waktu pertanyaan-pertanyan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai janji pilihan raya dibuat pihak pembangkang sebelum ini untuk menghapuskan tol sekiranya berjaya menjadi kerajaan, selain implikasi jika ia dilaksanakan.

Jelas Alexander, langkah menurunkan kadar tol yang dikenakan mungkin lebih realistik, namun ia tertakluk kepada kedudukan syarikat konsesi lebuh raya terutama selepas mereka sudah mencapai tahap keuntungan atau pulangan pelaburan (ROI). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI