fbpx
Pelanggan meminta pemandu membuka pendingin hawa. - Canva

Caj tambahan RM16 kerana buka ‘aircond’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang pemandu teksi online di Singapura digantung tugas selepas mengenakan bayaran tambahan sebanyak SG$5 (RM16) kepada penumpang kerana meminta dia membuka pendingin hawa, lapor laman berita Mothership semalam.

Kejadian berlaku pada 18 Julai lalu apabila seorang penumpang dikenali sebagai Dominic, berkongsikan cerita mengenainya.

Menurut Dominic, pemandu tersebut menghantarnya dari Orchard ke Bencoolen.

“Semasa dalam perjalanan, saya meminta pemandu untuk menghidupkan pendingin hawa.

“Dia menuruti sahaja tanpa berkata apa-apa, namun kemudian menghantar mesej kepada saya selepas perjalanan melalui aplikasi Grab.

“Mesej itu menyebut bahawa dia telah menambah caj sebanyak SG$5 untuk ‘layanan VIP’,” kata Dominic.

Tambah lelaki tersebut, caj itu tidak pernah dibincangkan atau dipersetujui sepanjang perjalanan.

Berdasarkan tangkap layar mesej antara mereka, Dominic dilihat memberi amaran kepada pemandu terbabit bahawa dia akan melaporkannya kepada pihak Grab.

“‘Aircond berkelajuan 3. Anda fikir anda VIP?” jawab pemandu tersebut.

Sementara itu, Grab dalam satu kenyataan berkata, tindakan pemandu tersebut bertentangan dengan etika syarikat.

“Kami telah mengambil tindakan segera dengan menggantung sementara akaun rakan kongsi pemandu dan mengeluarkan bayaran balik penuh surcaj kepada penumpang,” kata jurucakap syarikat tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI