fbpx
KARTIKESU didenda RM2,000 selepas mengaku salah pukul lelaki yang mahu mencuri tilam majikannya.

Bapa lima anak denda RM2,000 pukul lelaki curi tilam majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Bapa lima anak didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki kerana didapati mencuri tilam milik majikannya, enam tahun lalu.

Tertuduh, K. Kartikesu , 38, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.

Selain denda, mahkamah memerintah tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Tertuduh kemudian membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja sendiri didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap lelaki berusia 38 tahun hadapan sebuah rumah, Jalan Bakri, di sini, 2.30 petang, 16 Januari 2019.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang mana boleh dipenjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada pengadu yang juga mangsa mengalami kecederaan akibat dibelasah lelaki.

Siasatan polis mendapati, kejadian itu berlaku apabila pengadu mahu mencuri tilam yang diletakkan di luar rumah majikannya yang ketika itu dalam proses penguahsuaian.

Tindakan pengadu mengundang kemarahan tertuduh sebelum bertindak memukul hingga cedera. Pemeriksaan pasukan perubatan mendapati terdapat kecederaan pada badan pengadu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yasmin Mohd Piah manakala tertuduh diwakili peguam Sakinah Suhaimi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI