fbpx
Agong berkenan terima menghadap Panglima Tentera Udara baharu di Istana Negara, hari ini. - Foto oleh FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Agong berkenan terima menghadap Panglima Tentera Udara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Panglima Tentera Udara Ke-21, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi mengadap tersebut berlangsung di Istana Negara pada hari ini.

Muhamad Norazlan dilantik sebagai Panglima Tentera Udara pada bulan lalu menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan yang menamatkan perkhidmatan.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima sembah taklimat mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).

Taklimat dipersembahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron, pada sesi menghadap bersama Seri Paduka Baginda juga berlangsung di Istana Negara, pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI