fbpx
Selipar milik pelajar yang diculik kumpulan lelaki bersenjata di negeri Kaduna, Nigeria pada 2021. - AFP 

35 orang disembelih di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ABUJA – Kumpulan lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 35 orang yang diculik dari sebuah perkampungan di barat laut Nigeria walaupun wang tebusan dibayar untuk membebaskan mereka, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Media tempatan melaporkan, seramai 56 orang diculik dari kampung Banga di negeri Zamfara, Mac lalu. 

Kumpulan penjahat itu menuntut wang tebusan 1 juta naira (RM2,771) untuk pembebasan setiap tebusan. 

Pengerusi kerajaan tempatan, Manniru Haidara Kaura berkata, kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah golongan muda sambil menambah bahawa mereka ‘disembelih seperti binatang’. 

“Kumpulan penjahat menuntut wang tebusan dan mereka diberikan apa yang diminta. Mereka hanya membebaskan 18 orang termasuk 17 wanita dan seorang kanak-kanak lelaki pada Sabtu lepas. 

“Kumpulan itu tiada akal dan tidak berperikemanusiaan.Mereka lupa bahawa mereka membunuh saudara seagama mereka dan kita semua akan bertemu dengan Tuhan,” kata Kaura. 

16 tebusan yang dibebaskan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala 38 lagi mayat dijangka tidak dipulangkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI