fbpx
MESSI

Tokoh korporat Indonesia tak mampu beli Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COMO – Presiden Como, Mirwan Suwarso mengakui mustahil untuk mereka menandatangani khidmat pemenang Ballon d’Or lapan kali, Lionel Messi selepas kontraknya bersama Inter Miami berakhir penghujung tahun ini.

Sebagai rekod, kelab Serie A itu dikaitkan dengan Messi selepas ketua jurulatih Como, Cecs Fabregas berhasrat untuk membawa kapten skuad Argentina itu merasai pengalaman beraksi dalam kancah bola sepak Itali.

Katanya, kedudukan kewangan kelab tidak mampu untuk menandatangani pemain mahal seperti Messi ketika ini memandangkan mereka baru sahaja dinaikkan pangkat ke Serie A dua musim sebelum ini.

“Sudah tentu menjadi impian kami untuk menandatangani Messi tetapi agak mustahil kerana gaji yang diterima bersama Miami cukup besar.

“Selain itu, kami juga tidak pernah berhubung dengan pihaknya secara rasmi,” kata Mirwan yang merupakan seorang ahli perniagaan berasal dari Jawa Timur, Indonesia.

Namun, tokoh korporat berusia 39 tahun itu mendedahkan perancangan lebih realistik sekarang adalah mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Sepanyol, Alvaro Morata selepas kelab itu bersetuju dengan terma yang ditetapkan AC Milan.

Menurut Mirwan, situasi sekarang bergantung dengan Galatasaray kerana pasukan Turkiye itu memiliki pilihan untuk menyambung kontrak Morata secara pinjaman hingga hujung tahun ini.

“Morata semakin hampir ke Como kerana semua pihak sudah bersetuju. Cumanya kita masih tunggu sama ada Galatasaray mahu membatalkan kontrak pinjaman itu atau tidak,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI