fbpx
TIGA ekor gajah menyerang kenderaan. - Foto @nisarkurikkal/Instagram

Tiga ekor gajah ‘amuk’ serang kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Tiga ekor gajah naik minyak  bertindak menyerang beberapa kenderaan di kawasan Thuvvur dan Iringattiri Karuvarakundu dalam negeri Kerala, lapor akhbar The Indian Express semalam. 

Tindakan gajah liar itu mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduk tempatan.

Rakaman video kejadian yang tular di media sosial memaparkan tiga ekor gajah itu berlari di atas jalan raya sebelum meluru ke arah beberapa kenderaan yang ditinggalkan pemandu. 

Seekor gajah itu menyerang sebuah trak pikap sebelum mengangkat bahagian hadapannya. 

Ketika penduduk tempatan dan pihak berkuasa bergegas ke tempat kejadian, haiwan itu telah lari  ke dalam hutan. 

Berkongsi video itu, seorang pengguna Instagram bernama Nisar Kurikkal berkata: “Ia adalah video yang mengejutkan  apabila kawanan gajah menyerang kenderaan dan orang ramai di Karuvarakundu, Kerala.” –  AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI