fbpx
Hubungan antara Fattah dan Amira kian mencetus perbualan dalam kalangan netizen.

‘Sweet sangat kawan sekerja, bawa bapa jumpa abang long’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hanya satu pertemuan singkat, namun cukup untuk mencetus gelombang keterujaan dalam kalangan peminat yang ternanti-nanti ‘hint’ baharu daripada pasangan serasi, Fattah Amin dan Amira Othman.

Segalanya bermula apabila Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, berkongsi video memaparkan Fattah bertemu bapanya, hingga ramai mula membuat pelbagai spekulasi mengenai status sebenar hubungan mereka.

Menariknya, ketika Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 35 sedang bersiaran langsung dalam TikTok, aktor itu sempat menunjukkan video berkenaan kepada ibunya, Azizah Abdul Ghani, sebelum meminta pendapat wanita berkenaan.

“Sweet la, baru jumpa bapa kawan sekerja. Boleh pula abang long jumpa kawan ayah kawan sekerja. Baik kawan ayah sekerja datang jumpa abang long.

“Itulah namanya kawan sekerja. Bukan anak saja kawan sekerja, bapa pun boleh jadi kawan dah.

“Sweet sangat kawan sekerja bawa bapa dia jumpa abang long,” katanya.

Tambah ibu lima anak itu, pertemuan tersebut wajar diraikan sebagai usaha mengeratkan silaturahim antara keluarga.

“Biasalah, nak kenal-kenal, jumpa-jumpa. Mestilah ayah dia tanya macam mana anak saya kerja,” jelasnya.

Terdahulu, Amira memuat naik video pertemuan tersebut dengan berlatar muzik lagunya sendiri berjudul Jatuh Cinta Lagi, sekali gus memberi ‘hint’ seolah-olah ada kisah manis terbit di sebalik kolaborasi mereka.

Klip berdurasi pendek itu mencetus reaksi pelbagai, malah majoriti netizen menganggap penyanyi Bila Nak Kahwin itu sedang memberi bayangan hubungan mereka sudah ‘naik taraf’.

“Amboi, siap bawa jumpa ayah dah. Ini bukan kawan sekerja biasa-biasa, mak Fattah pun senyum sahaja seperti sudah lama merestui,” komen netizen.

“Ni kalau bukan hint bakal menantu, aku tak tahu nak kata apa dah, baik belah Mira mahupun Fattah, dua-dua macam merestui dan mereka ni mesti tengah ke fasa seterusnya,” tulis pengguna TikTok.

Sejak membintangi muzik video Bila Nak Kahwin bersama, nama Fattah dan Amira sering dikaitkan sebagai pasangan ideal, apatah lagi jenama-jenama besar mula mengambil mereka sebagai duta bersama.

Namun begitu, kedua-duanya tetap bertegas bahawa hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja meskipun sering ‘digandingkan’ dalam pelbagai projek bersama.

Bagaimanapun, peminat tetap berharap agar ‘gandingan serasi’ tersebut benar-benar akan menjadi realiti suatu hari nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI