fbpx
Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu telah selamat ditemui di Batu Pahat, malam tadi.

Remaja perempuan hilang di Kepong, ditemui di Batu Pahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas dihantar ke sekolah oleh datuknya di Taman Ehsan, Kepong telah ditemui selamat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mangsa berjaya diselamatkan di Batu Pahat, Johor dan kini berada bersama ibu bapanya.

“Buat masa ini, mangsa sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Batu Pahat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Noor Ariffin, siasatan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak Gombak kini menjurus kepada siasatan orang hilang.

Katanya, kes akan selesai apabila mangsa ditemui.

“Namun sekiranya pemeriksaan doktor dapati ada perkara sebaliknya berlaku maka siasatan akan dijalankan oleh pihak polis IPD Batu Pahat,” ujarnya.

Semalam,  Kosmo! melaporkan remaja terbabit dipercayai melarikan diri bersama seorang lelaki selepas dihantar ke sekolah oleh datuknya kira-kira pukul 7 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI