fbpx
Gambar hiasan.

Polis kesan cap jari, bukti pecah rumah cucu Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis sudah mengenal pasti beberapa bukti selain mengesan cap jari bagi membantu siasatan kes pecah masuk kediaman cucu Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang, di sini, Rabu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, bukti itu telah dihantar kepada pihak forensik untuk dianalisa.

“Ada beberapa bukti diterima dan memerlukan masa dari forensik. Kita juga sedang kesan cap jari untuk bantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurutnya, pihak polis turut meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar kediaman terbabit, namun setakat ini, ia tidak dapat membantu siasatan memandangkan simpanan memori peranti itu terhad.

“Ia merupakan kediaman lama, hanya diduduki oleh pembantu rumah dan pengawal keselamatan. Setakat ini tiga individu dirakam keterangan termasuk (cucu Tun M), pengawal keselamatan dan pembantu rumah,” katanya.

Sebelum ini, polis mengesahkan kediaman cucu Tun Mahathir dipecah masuk dan dianggarkan kerugian kira-kira RM1.8 juta membabitkan barangan berbentuk barang kemas lama serta peribadi milik penghuni rumah.

Difahamkan kejadian itu disedari oleh pembantu rumah pada pukul 3 petang, Rabu lalu selepas mendapati pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan biliknya dimasuki pencuri.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI