fbpx
Keadaan rumah Tumpal yang dibiarkan seperti rumah terbengkalai. - Kompas

‘Pasti yang menyewa rumah ini bukan manusia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pemilik sebuah rumah di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara terkejut apabila mendapati rumahnya rosak teruk dan dibiarkan seperti terbengkalai oleh penyewa, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Menurut lelaki bernama Tumpal Simbolon, dia mengetahui perkara itu ketika mahu mengutip duit sewa pada Rabu minggu lalu.

“Saya pergi ke situ pada hari Rabu untuk mengutip duit sewa. Namun, saya terkejut apabila melihat rumah itu sudah ‘gondol’.

“Habis semua bumbung, kusyen, pintu, tingkap dan batu-bata dicabut serta hilang,” katanya sambil menambah, penyewa sudah berpindah keluar tanpa pengetahuannya.

Tambah Tumpal, dia telah mengajukan perkara itu kepada polis setempat dan akan membuat aduan rasmi.

“Saya akan membuat laporan polis tetapi buat masa ini, saya tangguhkan seketika kerana anak penyewa baru meninggal dunia,” katanya.

Video memaparkan keadaan rumah Tumpal menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Cari sampai dapat, jangan diamkan sahaja,” kata seorang netizen.

“Jahatnya! Saya yakin yang menyewa rumah ini bukan manusia,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI