fbpx
MANGSA dibawa menaiki ambulans. - TikTok

Nenek lapar rebah, simpan duit bayar bil utiliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Satu video tular di media sosial memaparkan anggota polis menggendong seorang warga emas yang rebah di hadapan sebuah kedai di Thailand, lapor laman berita Must Share News semalam.

Mangsa dikatakan pitam selepas terpaksa mengikat perut demi menjimatkan wang untuk membayar bil utiliti.

Dalam klip video yang dimuat naik di platform TikTok, dua anggota polis bersama sebilangan orang menghampiri wanita tersebut yang pengsan di hadapan sebuah kedai.

Dia tidak lama kemudian tersedar daripada pengsan dan mampu menjawab beberapa soalan daripada anggota polis.

Salah seorang anggota polis kemudian menggendong wanita berkenaan dan meletakkannya di atas pengusung sebelum dia dibawa oleh ambulans.

Keterangan pada hantaran video itu menjelaskan bahawa warga emas tersebut tidak makan sejak pagi bagi membolehkan dia menjimatkan wang untuk membayar bil utiliti.

“Kemiskinan amat menakutkan,” tambah keterangan tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen pengguna media sosial, dengan ada menyuarakan hasrat untuk membantu membayar bil wanita tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang membantunya, ia adalah kebaikan yang amat bermakna,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI