fbpx
Mesyuarat khas antara Thailand, Kemboja bermula, hari ini.

Mesyuarat khas antara Thailand, Kemboja bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja dengan Malaysia sebagai negara pengantara bagi membincangkan isu gencatan senjata bermula kira-kira pukul 3.15 petang di Kompleks Seri Perdana, di sini hari ini.

Pertemuan antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai itu dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku hos, Pengerusi ASEAN dan saksi.

Sesi itu turut disertai oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D. Kagan sebagai penganjur bersama mesyuarat khas dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing sebagai pemerhati.

Selepas itu, satu sesi sidang akhbar dijangka diadakan membabitkan ketiga-tiga pemimpin bagi memaklumkan hasil mesyuarat khas tersebut.

Sebelum ini media melaporkan, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio menggesa Kemboja dan Thailand supaya meredakan ketegangan dan bersetuju dengan gencatan senjata susulan pertikaian sempadan yang berlarutan.

Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, Tammy Bruce, Rubio telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja Prak Sokhonn bagi menekankan kepentingan gencatan senjata serta-merta.

Ketegangan antara Thailand dan Kemboja meningkat sejak 28 Mei lepas susulan insiden konfrontasi antara anggota tentera berhampiran kawasan sempadan Preah Vihear yang dipertikaikan, mengakibatkan kematian seorang tentera Kemboja.

Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu telah lama tidak bersependapat mengenai jajaran sepanjang 817 kilometer sempadan yang belum dimuktamadkan, yang terus menjadi punca ketegangan dan tekanan diplomatik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI