KLANG – Polis kini sedang memburu suspek yang melepaskan tembakan di sekitar daerah ini, Khamis lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan KamalAriffin Aman Shah berkata, pihaknya menerima makluman awal berhubung kes melepaskan tembakan dan menjumpai kelonsong peluru.
Katanya, siasatan mendapati tembakan itu berlaku kira-kira pukul 11.15 malam.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis tidak menolak sebarang kemungkinan.
“Usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan pihak polis,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 atas kesalahan pelepasan tembakan senjata api.
Justeru katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Daerah ini ditalian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, tular rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 36 saat memaparkan dua lelaki menaiki motosikal sebelum seorang daripadanya turun dan dipefxayai melepaskan tiga das tembakan sebelum melarikan diri. – KOSMO! ONLINE