fbpx
DZULKHAIRI - foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON/KOSMO!

Lelaki maut dibelasah selepas tunjuk kemaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Perbuatan seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di khalayak ramai memakan diri apabila dia maut selepas dipukul secara beramai-ramai dalam kejadian di Bandar Jasin Bestari, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam, lelaki tempatan berusia 51 tahun dan sudah berkahwin itu disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah termasuk di bahagian kepala.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 9.30 malam memaklumkan seorang lelaki telah maut akibat dipukul orang awam.

Katanya, kejadian didakwa bermula di lot parkir kenderaan di pasar raya Mydin apabila si mati yang berasal dari Kesang dekat sini menunjukkan kemaluannya di khalayak ramai.

“Perbuatan lelaki itu telah disedari oleh orang ramai yang kemudian cuba menangkapnya dan dua individu telah memukul si mati terlebih dahulu.

“Si mati kemudian melarikan diri ke kedai berdekatan tetapi terus dipukul dan akhirnya dia masuk ke kawasan semak sebelum terjun ke dalam sungai untuk melarikan diri dengan jarak kira-kira 200 meter,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal, Alor Gajah, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, ketika si mati cuba naik ke darat, beberapa orang awam yang mengejarnya telah menjerit meminta bantuan yang lain bagi mengepungnya.

“Disebabkan itu terdapat beberapa orang awam di seberang yang hadir dan memukul si mati, termasuk seorang pemandu lori tong gas yang menendang kepala lelaki tersebut.

“Setakat ini kita telah menahan tujuh individu termasuk seorang warga Pakistan berusia antara 20-an sehingga 50-an yang ada di antaranya merupakan pelanggan dan pekerja pasar raya dan orang sekeliling,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI