fbpx
Pegawai JAS menahan operasi sebuah kilang sarung tangan getah yang didapati melepaskan air sisa berbuih, semalam.

Kilang sarung tangan lepas air berbuih ditahan operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan operasi sebuah kilang sarung tangan getah di Kulim, semalam selepas didapati melepaskan air sisa berbuih ke dalam sistem longkang awam sekali gus mencetuskan ancaman terhadap alam sekitar dan kesihatan awam.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, tindakan tegas itu diambil dengan segera selepas siasatan dilakukan susulan aduan orang awam yang diterima pada hari sama.

“Hasil pemeriksaan mendapati kilang tersebut melepaskan air sisa berbuih ke sistem saliran awam, yang jelas melanggar peraturan dan boleh menjejaskan ekosistem air serta kesihatan penduduk sekitar.

“Sebagai tindakan segera, JAS Kedah melaksanakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tindakan ini bertujuan menghentikan serta-merta aktiviti pencemaran yang dilakukan oleh kilang terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya turut menjalankan tindakan susulan dengan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM10 juta jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI