fbpx
Sebahagian jemaah umrah yang terkandas di Jeddah selepas didakwa tiada tiket pulang ke Malaysia.

Kes jemaah terkandas: Kena bawa ke muka pengadilan – Mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Selepas ini kita akan bincang buat laporan polis dan tindakan seterusnya,” kata Nazira Bibi Frijand Ali, 47, seorang daripada 42 jemaah haji yang terkandas di Jeddah susulan ketiadaan tiket penerbangan.

Menurutnya, pada masa ini, dia memikirkan mahu menyelesaikan pelbagai urusan penerbangan balik ke tanah air dan laporan polis akan dibuat sebaik sahaja tiba di Malaysia esok.

“Objektif kita nak balik dahulu (pulang ke tanah air). Sebagai pelanggan dan jemaah, saya rasa benda ini kena bawa ke muka pengadilan.,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Nazira Bibi berkata, dia turut berterima kasih kepada Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi atau PU Abu yang mengambil tanggungjawab atas inisiatifnya sebagai mutawif.

“Usaha dilakukan oleh PU Abu dan juga pihak Ustaz Firdaus (Pengarah Urusan Firabib Group Sdn. Bhd., Ustaz Mohd. Firdaus Mat Akhir). PU Abu atas dasar nak tolong, bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, dia dan suami masing-masing membayar penuh untuk pakej VIP Golden berharga RM12,000 seorang bagi melaksanakan ibadah umrah di Tanah Suci.

Sementara itu, Nazirah Bibi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk media yang membuat liputan kes terkandas berkenaan.

“Terima kasih juga buat liputan, yang mendoakan kami baik-baik serta tolong dan bantu kami,” katanya.

Terdahulu, PU Abu mengesahkan kesemua 38 daripada 42 jemaah umrah yang terkandas akan pulang ke tanah air pukul 9 malam waktu tempatan dan dijangka tiba pukul 11 pagi esok.

Tiket penerbangan pulang bagi kesemua jemaah berjaya dibeli dan pada masa ini, tiket-tiket tersebut sedang dikumpulkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI