fbpx
Mohd. Na'im.

Kerajaan tidak kompromi pihak tipu jemaah terkandas di Jeddah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan memandang serius nasib 42 individu yang dilaporkan terkandas di Jeddah sejak 25 Julai lalu dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menipu atau memperdaya jemaah lebih-lebih lagi melibatkan warga emas dan penjawat awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk melalui saluran undang-undang terhadap pihak yang bersekongkol atau bersalah.

“Saya amat prihatin dan bersimpati dengan nasib 42 jemaah umrah Malaysia yang dilaporkan terkandas di Jeddah sejak 25 Julai lalu akibat isu ketiadaan tiket penerbangan pulang.

“Kerajaan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi sedang memberikan perhatian penuh dan mengatur langkah segera bagi memastikan kebajikan serta keselamatan semua jemaah terjamin.

“Ia termasuk usaha membawa mereka pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya hari ini.

Mohd. Na’im berkata, sejak awal tahun ini, pihaknya sentiasa mengingatkan orang ramai supaya membuat semakan status syarikat dan pakej umrah ditawarkan melalui saluran rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) termasuk portal dan aplikasi khas semakan ejen pelancongan berlesen.

“Saya menyeru umat Islam di negara ini agar sentiasa berwaspada dan hanya memilih pengendali umrah yang sah, berlesen dan berdaftar dengan pihak berkuasa.

“Saya berharap agar kejadian sebegini tidak berulang pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kegembiraan 43 jemaah menunaikan umrah tidak berpanjangan apabila mereka terkandas di Jeddah gara-gara tiada tiket untuk penerbangan pulang.

Lebih menyedihkan, agensi pelancongan terlibat didakwa bersikap lepas tangan walaupun terdapat jemaah warga emas yang menyertai trip tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI