fbpx
Kira-kira 18,000 peserta dianggarkan menyertai Himpunan Turun Anwar di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Himpunan Turun Anwar: Polis siasat patung mirip PM disebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menerima empat laporan berkaitan Himpunan Turun Anwar yang berlangsung di Dataran Merdeka, di sini pada Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, empat laporan tersebut membabitkan satu kes di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) manakala tiga lagi dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM).

“Pada hari terbabit (Sabtu), kita memang tidak benarkan mana-mana dron diterbangkan jadi tiga laporan polis diterima dirujuk ke CAAM.

“Satu lagi kes membabitkan rakaman video menunjukkan satu patung mirip Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) disebat di perkarangan Masjid Negara,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sabtu lalu, media melaporkan polis akan meneliti sekiranya terdapat ucapan berbaur isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) serta hasutan dalam Himpunan Turun Anwar.

Terdahulu, seramai 18,000 peserta dianggarkan hadir berhimpun di Dataran Merdeka termasuk beberapa pemimpin pembangkang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI