fbpx
Gambar hiasan

Himpunan Turun Anwar: Che’gu Bard ditahan bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Aktivis politik, Che’gu Bard atau nama sebenarnya, Badrul Hidham Shahrin dipercayai ditahan polis di kediamannya, hari ini.

Peguam Rafique Rashid berkata, penahanan pada pukul 2.30 petang itu dibuat susulan laporan polis terhadap Che’gu Bard berkaitan Himpunan Turun Anwar yang diadakan di Dataran Merdeka, di sini Sabtu lalu.

“Che’gu Bard sepatutnya dijadual bertemu pegawai penyiasat pada pukul 11 pagi esok (Selasa).

“Oleh itu, tangkapan bagi kes ini tidak diperlukan kerana Che’gu Bard sentiasa memberi ‘aku janji’ untuk hadir ke Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafique berkata, tindakan pihak berkuasa itu amat dikesali lebih-lebih lagi apabila tiada sebarang insiden tidak diingini semasa atau selepas himpunan tersebut.

Katanya, sebanyak empat kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Mohamed Jan dilaporkan berkata, pihaknya menerima empat laporan berkaitan himpunan yang diadakan pada hujung minggu lalu.

Satu kes dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), manakala tiga lagi kes dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM).

Sebelum ini, pihak polis mengesan rakaman video menunjukkan satu patung mirip Perdana Menteri disebat di pekarangan Masjid Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI