fbpx
ENAM model terkini dikuasakan oleh enjin Milwaukee-Eight.

Harley-Davidson lancar barisan motosikal cruiser 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Harley-Davidson dengan bangganya melancarkan koleksi terkini motosikal cruiser 2025 untuk pasaran Malaysia.

Pelancaran itu menampilkan enam model yang dikuasakan oleh enjin Milwaukee-Eight. 

Harley-Davidson dalam satu kenyataan media berkata, barisan ini menjanjikan prestasi lebih mantap, teknologi terkini untuk penunggang dan reka bentuk yang diperbaharui sekaligus menetapkan standard baharu untuk motosikal kategori cruiser.

Menurutnya, dengan harga bermula RM119,900, barisan terbaru ini membuka peluang kepada lebih ramai penunggang Malaysia untuk merasai kebebasan jalan raya terbuka yang menjadi ikon jenama Harley Davidson.

“Setiap motosikal dalam koleksi ini dibina berasaskan casis Softail yang ikonik, dilengkapi suspensi belakang monoshock tersembunyi, dan enjin Milwaukee-Eight 117 yang kini ditala khas mengikut identiti setiap model.

“Pelancaran ini menandakan satu lagi evolusi berani Harley-Davidson, yang bukan sahaja mengekalkan legasi jenama tetapi juga menyesuaikan diri dengan era moden melalui gabungan kuasa, teknologi dan gaya,” katanya.

Kesemua model itu dipamerkan secara eksklusif di acara Art of Speed 2025 yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor baru-baru ini

Enam model motosikal cruiser Harley-Davidson itu adalah Low Rider S, Low Rider ST, Breakout, Heritage Classic, Fat Boy dan Street Bob. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI