fbpx
GYOKERES akhirnya melengkapkan perpindahan saga menyertai Arsenal dengan memilih jersi keramat No. 14 kelab itu. - ARSENAL FC

Gyokeres rugi RM1. 73 juta demi Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bintang baharu Arsenal, Viktor Gyokeres dilaporkan sanggup mengalami kerugian £306,000 (RM1.73 juta) hanya kerana melunaskan cita-citanya kembali ke England dengan menyarung jersi Arsenal.

Segalanya berpunca daripada tindakan mogok Gyokeres, 27, yang tidak kembali menyertai latihan sehingga menyaksikan Presiden Sporting Lisbon, Frederico Varandas menuntut penyerang Sweden itu melupakan keseluruhan gajinya bulan ini.

Gyokeres ‘hilang’ daripada pasukan selama 13 hari tanpa sebarang kebenaran daripada pihak kelab dan menambah rasa marah Varandas apabila Gyokeres dikatakan bercuti di Mallorca, Sepanyol sedangkan rakan sepasukan lain sedang gigih menjalani latihan pramusim.

Akhirnya, Gyokeres bersetuju untuk tidak menerima gaji bulan Julai yang dianggarkan bernilai RM1.73 juta, namun pihak kelab tetap mengekalkan bayaran bonus £437,000 (RM2.48 juta) atas sumbangannya terbabit dalam menghasilkan lebih 50 gol buat pasukan.

“Saya bertambah baik sejak kali terakhir berada di England dan saya sentiasa mahu meledak gol sambil menyarung jersi ini. Saya mahu buktikan kemampuan dan saya yakin menyamai apa yang telah saya lakukan bersama Sporting.

“Untuk menyertai kelab hebat seperti Arsenal, saya fikir ia akan membantu saya untuk beraksi lebih baik bersama pemain-pemain berkualiti lain dalam pasukan. Saya egitu teruja untuk memulakan cabaran baharu,” kata Gyokeres.

Gyokeres memiliki rekod luar biasa sepanjang dua musim menyarung jersi Sporting, meledak 97 gol dalam 102 penampilan dan kini menyarung jersi keramat No. 14 Arsenal yang pernah digunakan legenda kelab, Thierry Henry.

‘Mesin gol’ itu turt berada di Singapura menonton Arsenal menentang Newcastle United semalam dan dijangka turun menentang Tottenham Hotspur dalam aksi pramusim seterusnya di Hong Kong pada Khamis ini.

Sebagai rekod, Gyokeres pernah dibeli Brighton dan dijual ke Coventry City yang menjadi titik permulaan namanya ‘meletup’ di pentas Eropah sebelum menyertai Sporting dua tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI