fbpx
Kehadiran Sultan Nazrin ke Eksesais Lembing Sakti di Segari hari ini menyuntik semangat anggota tentera terlibat. - Foto FACEBOOK SAARANI MOHAMAD

Eksesais Lembing Sakti: Kehadiran Sultan Nazrin suntik semangat anggota tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat Latihan Tembakan Tepat Jarak Jauh‬ ‭High Mobility Artillery Rocket System‬ (HIMARS), Eksesais Keris Strike Siri‬ 30/2025/Eksesais Lembing Sakti‬ (ELS) di Segari, di sini hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, turut mengiringi baginda ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang turut menyaksikan demonstrasi ketenteraan bersama para jemputan kehormat.

“Keberangkatan baginda berdua amat bermakna dan memberi suntikan semangat kepada seluruh anggota pasukan.

“Ini sekali gus menyerlahkan sokongan padu institusi diraja terhadap kesiapsiagaan dan kerjasama pertahanan serantau melalui penglibatan negara sahabat dalam menjamin kestabilan serta keselamatan strategik di rantau ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Eksesais Keris Strike Siri 30/2025 yang berlangsung di Perak bermula 17 Julai lalu hingga esok menyaksikan penglibatan lebih 4,000 anggota tentera dari Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan Australia.

Ia bertujuan memperkukuh kerjasama strategik, meningkatkan keupayaan operasi bersama selain memantapkan hubungan ketenteraan antara negara-negara yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI