fbpx
MAZLI menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kerugian lebih RM100,000 akibat terpedaya dengan peluang perniagaan lembu korban di Thailand oleh seorang individu mendakwa bergelar Datuk.

Datuk palsu kebas duit usahawan madu RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang usahawan madu mengalami kerugian lebih RM100,000 apabila diperdaya seorang individu mendakwa bergelar ‘Datuk’ untuk menjadi rakan kongsi perniagaan lembu korban di Thailand.

Mangsa, Mazli Hamzah, 37, berkata, dia mula mengenali individu tersebut sejak tahun lalu apabila lelaki berkenaan membeli produk madu yang diusahakannya.

Katanya, ‘Datuk’ terbabit kemudian menghubunginya pada Mac lalu dan mengajak untuk berjumpa bagi membincangkan tentang peluang perniagaan.

“Saya bersetuju untuk bertemu di sebuah restoran, kemudian dia meyakinkan saya bahawa dia pernah membuat perniagaan itu sebelum ini, dan mengajak saya untuk menjadi rakan kongsi.

“Pada mulanya saya berasa ragu-ragu, tetapi selepas itu dia bawa saya bertemu dengan Pengarah Tabung Haji Johor di pejabatnya, menyebabkan saya mula percaya.

“Tidak lama kemudian saya serahkan wang tunai lebih RM100,000 kepadanya,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall, di sini hari ini.

Tambah Mazli, dia mula mengesyaki ‘Datuk’ tersebut sebagai seorang ‘scammer’ apabila diminta untuk menambah modal pelaburan dalam jumlah yang lebih besar.

“Bermula daripada itu, saya desak untuk kembalikan wang saya, namun ‘datuk’ berkenaan mula melarikan diri, panggilan telefon dan WhatsApp yang diberi tidak dibalas. Saya pernah mencarinya di restoran miliknya untuk berjumpa secara berdepan, namun dia melarikan diri.

“Saya tidak mahu sebarang masalah, sebaliknya saya hanya mahu dia pulangkan kembali wang yang telah saya berikan sebelum ini,” katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Dato’ Onn, di sini pada 21 Julai lalu.

Tambah Mazli, selepas mendapat tahu dia telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, ‘Datuk’ terbabit mengugut untuk menyaman usahawan madu itu sebanyak RM10 juta.

Difahamkan, individu terbabit telah didenda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru tahun lalu kerana kesalahan menggunakan gelaran ‘datuk’ palsu dari negeri Pahang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI