GOMBAK – Polis sedang mengesan lelaki warga Nepal disyaki terlibat dalam kes cubaan merogol, mencabul dan melakukan gangguan seksual terhadap seorang perempuan tempatan di pejabat Persatuan Penduduk M-Residensi 1, Rawang, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten
Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah hari dan suspek dilaporkan melarikan diri sejurus selepas insiden tersebut.
“Mangsa berusia 26 tahun dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Sarjan Razlan di talian 012-3521778 atau Zhulian di 017-6034416 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE