fbpx
Suspek (tengah) diiringi anggota polis selepas dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Ayer Keroh. - Foto oleh HAMIZAN MISKON

Anak tidak ‘restu’ perkahwinan dipukul, diugut tikam bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang lelaki diberkas polis selepas disyaki memukul dan mengugut untuk menikam anak tirinya berusia 15 tahun selepas mengetahui mangsa tidak menyukainya sebagai bapa tiri di Bertam, di sini, semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan sepasukan polis dari dari Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka selepas laporan dibuat oleh isterinya dan mangsa.

Ujarnya, lelaki itu yang bekerja sebagai peniaga ais kiub disyaki melakukan perbuatan tersebut selepas mengetahui mangsa tidak menyukainya sebagai bapa tiri.

“Mangsa bersembang dengan ibunya kira-kira pukul 11.40 pagi meluahkan dia berasa kecewa terhadap perkahwinan wanita itu dengan suspek sejak empat tahun lalu, namun perkara tersebut telah didengari oleh abang suspek.

“Lelaki itu kemudian mengadu hal tersebut kepada suspek menyebabkan suspek berang dan memukul remaja lelaki tersebut di kepala dan badannya menggunakan tangan,” katanya.

Menurutnya, ibu mangsa cuba meleraikan pergaduhan dan remaja tersebut yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik berjaya melarikan diri ke dapur.

“Suspek mengejar mangsa dan mengambil sebilah pisau pemotong sayur menyebabkan ibu remaja berkenaan panik dan menjerit meminta anaknya keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

“Abang suspek yang didakwa terus mencampuri urusan rumah tangga keluarga itu bagaimanapun mengarahkan mangsa untuk pulang ke rumah bagi menjelaskan hal tersebut kepada bapa tirinya,” katanya.

Tambahnya, selepas mendengar penjelasan mangsa, suspek meminta isterinya untuk menasihati remaja tersebut sekiranya tidak mahu perkara diingini berlaku termasuk kemungkinan ditikam.

Katanya, suspek hari ini telah diperintahkan untuk ditahan reman selama sehari oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh N. Sivashangari bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI