fbpx
Steven ketika ditemui selepas merasmikan The 52nd ARTDO International Conference, di George Town, hari ini.

AI tidak rampas pekerjaan, tapi buka potensi kerjaya baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Teknologi kecergasan buatan (AI) tidak wajar dilihat sebagai ancaman kepada pekerjaan manusia sebaliknya ia berpotensi membuka ruang kepada penciptaan peranan dan kerjaya baharu.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, anggapan bahawa AI akan mengambil alih semua pekerjaan manusia adalah tidak tepat kerana teknologi itu masih memerlukan peranan manusia untuk mengendalikan, menyemak serta membentuk struktur maklum balasnya.

“Kalau ada AI, bukan bermaksud kita tidak perlukan programmer. AI masih perlukan input manusia, masih perlukan seseorang untuk menyemak hasilnya.

“Contohnya, pekerjaan seperti jurutera ‘AI prompt’ kini mula mendapat permintaan tinggi. AI tetap memerlukan manusia untuk memberi input dan menyemak output. Jadi, peranan manusia masih penting,” katanya selepas merasmikan The 52nd ARTDO International Conference di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Steven berkata, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) telah menyiapkan satu laporan strategik mengenai impak AI, digitalisasi dan perubahan ekonomi terhadap pasaran kerja Malaysia dengan penglibatan langsung pemain industri dalam 10 sektor utama.

“60 peratus daripada input laporan ini datang daripada industri sendiri. Antara dapatan utama laporan itu menunjukkan beberapa pekerjaan sedia ada berisiko terjejas akibat pengaruh AI dan teknologi baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI