fbpx
Lelaki tersebut mengangkat mangsa hanya beberapa saat sebelum kereta api melintas. - East2West

‘Wira’ misteri lintas kereta api selamatkan lelaki pengsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan pantas seorang lelaki melintas di hadapan kereta api yang sedang bergerak laju demi menyelamatkan seorang individu yang pengsan di atas landasan, lapor akhbar The Sun UK.

Kejadian dikatakan berlaku di Derbent, Russia.

Dalam video tersebut, seorang lelaki dilihat berjalan terhuyung-hayang ke arah landasan sebelum dia pengsan di atas trek.

Seorang lelaki lain yang sedang berdiri di seberang platform dengan segera berlari melintas landasan ketika sebuah kereta api meluru laju ke arah mereka.

Dia dengan segera mengangkat mangsa yang pengsan ke tepi platform, hanya beberapa saat sebelum kereta api melintas.

Menurut laporan akhbar Komsomolskaya Pravda, lelaki yang identitinya tidak diketahui itu kini sedang dicari bagi memberi penghargaan kepada sikapnya yang berani. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI