PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang didakwa kerap memetik daun tanaman hiasan di hadapan sebuah premis perniagaan bagi dijadikan alas tempat duduk mencetuskan rasa tidak puas hati pemilik premis tersebut.
Menerusi perkongsian Rash77, wanita terbabit dilihat duduk di atas daun yang dipercayai diambil daripada tanaman hiasan berkenaan sambil menunggu untuk pulang.
Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama berlaku, malah didakwa berlaku hampir setiap hari.
“Kalau hari-hari petik daun buat lapik punggung kau, ‘botak’ pokok aku macam ini,” katanya menerusi klip tersebut.
Menerusi ruangan komen, orang ramai dilihat memberikan cadangan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
“Kak, sebelum dia datang kak siram pokok itu bagi basah. Tempat itu pun kak siram juga, nanti lama-kelamaan dia faham la itu,” komen Ina.
“Mungkin akak boleh cuba tegur dia depan-depan secara elok supaya tak buat lagi,” kata Syasyahians.
Sementara itu, orang ramai turut menyifatkan tindakan wanita terbabit sebagai tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja memetik daun milik orang lain, malah meninggalkannya begitu sahaja selepas digunakan.
“Tak kisah petik daun untuk duduk tapi buanglah selepas duduk itu. Kalau setiap hari petik lepas dan tinggal macam itu tak naya yang si pembuang daun,” ujar Nur.
“Tiada adab betullah, sudah petik daun pokok orang lepastu pergi macam itu je lepas duduk. Malu nya sebagai perempuan,” balas Itsamiera. -KOSMO! ONLINE
@rosdiva77♬ original sound – ⭐OWNER RC-RIO⭐ – Pembina RC