fbpx
Johari ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam, hari ini. FOTO: Saddam Yusoff

Usul tidak percaya Perdana Menteri: ‘Biar Parlimen menentukannya’ – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Semua boleh membawa usul itu dan Parlimen yang akan menentukan ia nanti,”.

Itu kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengenai ‘bayangan’ Perikatan Nasional (PN) yang mahu menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Menteri Perladangan dan Komoditi itu, semua Ahli Parlimen mempunyai hak untuk
mengemukakan usul.

“Dalam Parlimen ini, sesiapa juga Ahli Parlimen boleh membawa usul. Tiada sesiapa boleh melarang.

“Jadi, kalau dibawa ke Parlimen, masa itu kita lihat lah siapa dapat sokongan dan sebaliknya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan bahawa usul itu akan dipertimbang untuk dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Johari Abdul dalam masa terdekat.

Beliau ketika menyertai Himpunan Pembangkang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mengulas kenyataan Anwar pada Isnin lalu yang tidak gentar malah bersedia berdepan jika pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya itu.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI