fbpx
Pemain baharu Selangor FC, Zach Clough membuat debut pertama bersama pasukan pada aksi malam ini. - Foto ihsan Selangor FC

Selangor FC ‘diikat’ pasukan veteran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSIAPAN skuad Selangor FC semakin sempurna selepas menamatkan aksi pramusim dengan meraih keputusan seri 0-0 bertemu pasukan veteran, Asia Warriors dalam perlawanan persahabatan di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Gergasi Merah membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan ketuai oleh Faisal Halim dan dua pemain import baharu, Willian Lira serta Chrigor Moraes.

Asia Warriors juga tidak kurang hebatnya apabila meletakkan bekas pemain skuad kebangsaan rantau Asia seperti Keisuke Honda (Jepun), Razman Roslan dan Indra Putra Mahayudin (Malaysia), Baihakki Khaizan (Singapura) dan Stephan Schrock (Filipina).

Kedua-dua pasukan itu dilihat mempamerkan aksi seimbang pada babak pertama dengan Selangor berjaya meraih beberapa peluang keemasan tetapi gagal disudahkan oleh Lira dan Moraes.

Honda yang juga bekas pemain AC Milan turut juga dilihat cukup kreatif untuk memastikan pasukan terus mengasak kubu Merah Kuning tetapi penjaga gol Selangor, Sam Sommerville cemerlang mengawal gawang gol.

Keputusan 0-0 kekal hingga wisel penamat dengan skuad kendalian Katsuhito Kinoshi itu kini fokus pada aksi pembuka tirai Piala Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 8 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI