fbpx
DETIK seorang 'rider' muncul dari kepulan asap roket. - Foto Tangkap Layar/Ek Samerde/Facebook

‘Rider’ muncul dari kepulan asap roket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang penghantar barang nyaris menemui ajal ketika bertugas apabila serangan roket dalam pertempuran tentera Thailand dengan Kemboja hampir mengenai dirinya, lapor laman berita MSNews semalam.   

Dalam satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), dua ekor anjing dilihat melarikan diri ketika tanah bergegar akibat hentaman roket di wilayah Surin, kira-kira pukul 10.11 pagi (waktu tempatan), Khamis lalu. 

Asap turut dilihat menyelubungi kawasan di lokasi sasaran peluru berpandu itu.

Seorang penghantar barang kemudian muncul dari kepulan asap sambil menunggang motosikal sebelum dia berhenti di hadapan pagar tempat kerjanya.

Dia kemudian bercakap dengan seseorang menggunakan telefon bimbit sebelum beredar.

Rakaman video itu tular di media sosial dengan ramai netizen memuji kesungguhan ‘rider’ tersebut dalam menjalankan tugasnya.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI