fbpx
Gambar hiasan.

Jaga, pembantu rumah cucu Tun M diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga individu direkod keterangan untuk siasatan lanjut melibatkan kes kediaman dihuni cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang dipecah masuk baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, tiga individu terbabit terdiri daripada pengawal keselamatan dan pembantu rumah.

“Tiga individu terdiri daripada warga tempatan serta warga asing, kesemua mereka dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes ini.

“Setakat ini polis tiada lagi tangkapan dilakukan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

“Siasatan awal mendapati kediaman terbabit mempunyai rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) namun tiada simpanan data kerana ia hanya untuk 24 jam sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis sedang menyiasat satu kes pecah rumah melibatkan kediaman milik keluarga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mohamed Usuf Jan berkata, kejadian berlaku di kediaman anak sulung Dr. Mahathir, Mirzan, yang ketika itu didiami oleh cucunya.

Katanya, pihak polis menemui kesan pecah masuk di kediaman tersebut dan anggaran kerugian yang dialami mencecah RM1.8 juta, membabitkan barang kemas lama serta beberapa barangan peribadi berharga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI