fbpx
Remaja yang hilang selepas dihantar datuknya ke sekolah.

Pelajar perempuan 14 tahun hilang selepas dihantar ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai melarikan diri bersama seorang lelaki selepas dihantar ke sekolah di Taman Ehsan, Kepong oleh datuknya sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mangsa dipercayai hilang selepas datuknya menghantar remaja itu ke sekolah kira-kira pukul 7 pagi.

Katanya, ketika datuknya kembali ke sekolah sekitar pukul 12.30 tengah hari untuk menjemput mangsa pulang, remaja itu didapati tidak kelihatan sehingga melepasi waktu tamat persekolahan.

“Isterinya kemudian menghubungi guru kelas mangsa dan dimaklumkan bahawa mangsa tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

“Bimbang dengan keselamatan cucunya, datuknya membuat laporan polis.

“Pegawai penyiasat juga sentiasa berhubung dengan datuk mangsa bagi membantu siasatan dan mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes kini disiasat sebagai kes Orang Hilang (OH) dan gerakan mengesan mangsa sedang giat dijalankan.

Polis turut merayu kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja terbabit agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI