fbpx
ASAP keluar dari sebuah pesawat American Airlines. - X

Penumpang berlari keluar dari pesawat dipenuhi asap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Kesemua penumpang dalam penerbangan American Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Amerika Syarikat (AS) dipindahkan kerana insiden gear pendaratan pesawat, lapor laman berita CBS News semalam. 

Jabatan Bomba Denver berkata, masalah itu berlaku di dalam pesawat American Airlines dari Denver ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miam, Florida ketika pesawat itu masih berada di landasan terbang. 

Syarikat penerbangan itu melaporkan bahawa kesemua 173 penumpang dan enam anak kapal telah selamat dipindahkan dari pesawat. 

Namun, seorang penumpang telah dibawa ke hospital dengan kecederaan ringan, kata syarikat penerbangan itu. 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata dalam satu kenyataan bahawa anak kapal Boeing 737 MAX 8 itu melaporkan kemungkinan insiden gear pendaratan semasa berlepas sekitar pukul 2.45 petang (waktu tempatan).

Video yang disiarkan ke Instagram oleh seorang penumpang, Mark Tsurkis memaparkan semua penumpang keluar dari pesawat menggunakan gelongsor ketika asap dan api keluar dari bawah belakang badan pesawat.

Kejadian itu sedang  disiasat, kata FAA. 

Menurut American Airlines dalam kenyataannya, pesawat itu mengalami isu penyelenggaraan sebelum berlepas melibatkan salah satu tayarnya. 

Lewat petang semalam, pihak bomba berkata bahawa ia telah memadamkan kebakaran itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI