fbpx
Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 84.8 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), Batu Pahat malam semalam.

Pemuda maut langgar kereta rosak di lorong kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan sebelum digilis dalam kemalangan di Kilometer 84.8 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) malam semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian pukul 10.33 malam itu berlaku ketika Vigneshwaraan Ramesh, 23, yang menunggang motosikal dari arah Muar menghala ke Johor Bahru.

Katanya, sebaik sampai di lokasi kemalangan, mangsa dikatakan melanggar sebuah kereta dinaiki seorang wanita warga warga asing bersama suaminya yang sedang berhenti kerana mengalami kerosakkan enjin dan sedang menunggu bantuan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia manakala pasangan suami isteri itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat,”katanya melalui kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI