fbpx
ANWAR menyantuni rakyat pada Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gamilang di Dataran Tanjung Emas, Muar hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

Orang Muar dapat RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan di daerah ini dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu akan disalurkan segera supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh penduduk Muar dalam masa terdekat.

“Kita mahu rakyat di Muar juga menikmati pembangunan yang seimbang.

“Justeru, peruntukan RM10 juta ini akan dimanfaatkan sebaiknya melalui pelbagai projek pembangunan yang telah dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar.

Majlis berkenaan berlangsung dalam suasana penuh meriah dan warna-warni, diserikan kehadiran kira-kira 12,000 rakyat pelbagai kaum yang hadir bagi menyemarakkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan, 31 Ogos depan.

Tambah Anwar, pelaksanaan projek akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Pejabat Daerah Muar.

Dalam pada itu, Onn Hafiz menzahirkan penghargaan kepada kerajaan memilih Johor khususnya Muar sebagai tuan rumah Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025.

Menurut beliau, Muar yang merupakan lokasi di mana sejarah kemerdekaan disemai, melahirkan tokoh-tokoh penting yang membuka jalan kepada pembentukan negara bangsa termasuk Datuk Onn Jaafar, Tan Sri Mohamed Noah Omar, dan Abdul Majid Salleh.

“Mereka bukan sahaja berani, tetapi jujur dalam perjuangan dan tulus dalam khidmat mereka untuk tanah air.

“Maka, apabila Johor dan khususnya Muar dipilih sebagai lokasi pelancaran Bulan Kebangsaan tahun ini, saya percaya ini bukan satu kebetulan. Ini adalah satu penghargaan kepada sejarah,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI