fbpx
SHAZLI

MFL guna remote VAR di Borneo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengambil inisiatif mewujudkan satu pasukan khas untuk mengendalikan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) setiap kali perlawanan Liga Super membabitkan tiga pasukan dari Borneo.

Liga Super yang bakal membuka tirai saingan awal bulan depan bakal membabitkan tiga kelab dari Borneo termasuk Sabah FC, Kuching City FC dan penyertaan kelab Brunei, DPMM FC.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Mohd. Shazli Shaik Mohd. berkata, satu kumpulan terdiri daripada pihak penyiaran akan ke Brunei untuk menguji jaringan perhubungan di negara itu bagi membolehkan penggunaan VAR berjalan dengan lancar.

“Tahun ini kita ada tiga pasukan dari Borneo dan MFL sedang siapkan pasukan VAR untuk buat ‘remote VAR’. Kita tak perlu hantar kumpulan VAR ke Borneo tetapi kita ada pusat data di Kuala Lumpur dan hanya pengadil VAR ke venue tersebut.

“Pada 1, 2 dan 3 Ogos, kumpulan penyiaran, VAR akan ke Brunei untuk menguji dan tengok ‘signal’ bagi membolehkan penggunaan ‘remote VAR’,” katanya.

Semua venue terbabit adalah Stadium Likas yang akan digunakan oleh Sabah, Stadium Negeri (Kuching City) dan Stadium Nasional Hassanal Bolkiah (DPMM FC).

Dua minggu ini menjadi tempoh paling kritikal buat MFL memastikan kelancaran penggunaan teknologi berkenaan memandangkan Sabah dan Kuching City akan beraksi di gelanggang sendiri pada perlawanan pertama, 9 Ogos nanti.

Kuching City dijadualkan menentang Kelantan The Real Warriors, Sabah melayan kunjungan Melaka FC, manakala DPMM FC hanya akan beraksi di laman sendiri pada perlawanan ketiga, bertemu Terengganu, 22 Ogos. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI