fbpx
GIBBS-WHITE (kiri) bersama Marinakis selepas tamat aksi persahabatan menentang Fulham di Portugal awal pagi semalam. - N. FOREST

Gibbs-White setia bersama Forest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pemain sensasi Nottingham Forest, Morgan Gibbs-White membuat pusingan ‘U’ sekelip mata apabila tidak jadi berhijrah, sebaliknya menandatangani kontrak baharu bersama pasukan itu sehingga tahun 2028.

Gibbs-White hampir ‘mengangkat kaki’ secara mengejut ke Tottenham Hotspur awal bulan ini selepas menebus klausa pemain tengah berusia 25 tahun itu dengan nilai sebanyak £60 juta (RM344.82 juta).

Namun, Forest tidak berpuas hati dengan cara Spurs yang didakwa berbincang mengikut ‘pintu belakang’ sehingga perpindahan itu gagal direalisasikan.

Difahamkan, Gibbs-White kini tidak lagi berminat untuk berhijrah selepas pengurusan bersetuju untuk menawarkan kontrak baharu selain menggandakan gajinya ke £120,000 (RM681,200) seminggu.

Forest dalam satu kenyataan mededahkan pemilik kelab, Evangelos Marinakis bekerja keras untuk memastikan bintang kelab itu kekal sehingga penghujung musim 2028.

Gibbs-White yang berhijrah ke Forest daripada Wolverhampton Wanderers pada 2022 dianggap sebagai pemain terbaik kelab selepas membantu pasukan menamatkan saingan di kedudukan ketujuh EPL musim lepas.

Forest yang sudah kehilangan khidmat Anthony Elanga ke Newcastle United terdesak untuk mengekalkan beberapa pemain bintangnya kerana bakal beraksi dalam kempen Liga Konferens Eropah musim ini.

Skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu kini memburu beberapa lagi pemain sebelum jendela perpindahan ditutup seperti Jacob Ramsey (Aston Villa), Dan Ndoye (Bologna) dan James McAtee (Manchester City). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI