NEW DELHI – Seorang bayi berusia setahun di negeri Bihar menggigit seekor ular tedung hingga mati selepas reptilia itu melingkar di tangannya, lapor laman berita India Today semalam.
Kejadian berlaku ketikal bayi bernama Govinda tersebut bermain dekat rumahnya.
Neneknya, Mateshwari Devi berkata, ibu kanak-kanak itu berada berhampirannya untuk mengutip kayu api apabila ular tersebut muncul.
“Ular itu muncul terlalu dekat dengannya dan kanak-kanak itu memukulnya menggunakan suatu objek.
“Dia kemudian menggigit dan membunuh reptilia itu. Ia adalah ular tedung,” kata Mateshwari.
Bayi itu pengsan tidak lama kemudian dan dia dikejarkan ke hospital.
Menurut doktor yang merawatnya, kanak-kanak tersebut stabil dan kini berada dalam pemerhatian. – AGENSI