fbpx
Gambar hiasan

1,083 babi positif ASF dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Sebanyak 1,083 ekor babi yang dijangkiti wabak Demam Babi Afrika (ASF) di dua ladang ternakan babi di Tasek Gelugor di sini telah dilupuskan.

Jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan empat ladang ternakan babi yang positif ASF di kawasan terbabit setakat ini.

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, kesemua babi di dua ladang pertama telah dilupuskan di tanah milik penternak masing-masing.

Katanya, bagi dua ladang yang terbaru, proses pelupusan akan dijalankan esok di tanah kerajaan berdekatan kawasan terbabit.

“Pelupusan untuk ladang ketiga dan keempat akan dibuat dengan sangat berhati-hati kerana kawasan ini agak berisiko dan kita tidak mahu jangkitan merebak ke ladang lain.

“Selain itu, kita masih belum dapat menganggarkan jumlah kerugian yang dialami penternak akibat pelupusan ternakan yang dijangkiti.

“Ini adalah kerana apabila ia dikesan positif dijangkiti ASF, semua ternakan terpaksa dilupuskan dan kita kena lihat dulu berapa jumlah ternakan yang ada di ladang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Pulau Pinang yang dirasmikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di Institut MARDI, hari ini.

Untuk rekod Kampung Selamat mempunyai 63 ladang ternakan babi dengan anggaran 120,000 babi.

Terdahulu, media pada 12 Julai lalu melaporkan tiga ladang ternakan babi di Kampung Selamat, dekat sini disahkan positif penyakit ASF berdasarkan keputusan ujian makmal oleh Makmal Veterinar Zon Utara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI