fbpx
Mohd. Dusuki (kanan) menerima cenderahati pada Majlis Peluncuran Program Santuni Madani Jabatan Peguam Negara 2025 di SK Pulai Chondong, Machang hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!A

Tindakan terhadap penjawat awam sertai himpunan terpulang kepada ketua jabatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACHANG – Tindakan yang bakal dikenakan kepada penjawat awam yang didapati menyertai Perhimpunan Turun Anwar hari ini terpulang kepada ketua jabatan perkhidmatan masing-masing.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, kerajaan sebelum ini sudah memaklumlan bahawa perhimpunan atau menyuarakan pendapat itu ada batasnya.

“Jika ada penjawat awam yang dikenal pasti menyertai perhimpunan itu, ia terpulang kepada ketua jabatan masing-masing untuk mengambil tindakan.

“Kita sudah mengeluarkan kenyataan media baru-baru ini berkait dengan tanggungjawab penjawat awam untuk tidak menyertai perhimpunan ini kerana ia melanggar peraturan disiplin,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Peluncuran Program Santuni Madani Jabatan Peguam Negara 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulai Chondong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Dusuki memberitahu, penjawat awam sepatutnya menunjukkan contoh atau teladan yang baik kepada negara.

Menurutnya, penglibatan pegawai dan penjawat awam di dalam perhimpunan tersebut dilihat tidak memberi manfaat.

“Saya percaya hal ini telah disentuh oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak menyekat perhimpunan kerana kebebasan dan hak individu ada batasnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI